Selamat datang ke kedai dalam talian www.dreamztrack.com.my. Terma dan syarat di bawah terpakai kepada semua pelawat dan pengguna www.dreamztrack.com.my. Anda terikat dengan terma dan syarat ini selagi anda berada di www.dreamztrack.com.my.
PEMBAYARAN
Semua bayaran yang telah dibuat tidak boleh dikembalikan atau ditukar.
PERUBAHAN / PEMBATALAN PESANAN
Pembatalan pesanan tidak diterima dan barang yang telah dijual tidak boleh dikembalikan atau ditukar. Anda bertanggungjawab ke atas pembelian anda, dan tiada bayaran balik akan dikeluarkan. Semua barang yang dijual dianggap diterima dalam keadaan baik dan lengkap. Pelanggan digalakkan memeriksa barang fizikal semasa menerimanya. Sebarang permintaan pertukaran selepas itu hanya akan dipertimbangkan mengikut kes.